Tuesday, April 2, 2019

NIKMAT REZEKI HUJAN

Assalamualaikum w.b.t
Jam menunjukkan 6.40 petang, sambil menunggu titis hujan berhenti mami amik masa menulis sekejap heheeeehhe. Bila hujan macam ni mami teringat 1 kisah ketika mami sedang syok bercbs, jam lebih kurang 4.20 petang hujan mula rintik-rintik masa tu kami tp terus tekad jugak untuk capai target 40 biji, lagi 8 biji nak cukupkan 40 biji sabarrrrrrrrrrrr..Namun hujan mula lebat kami kemas semua bantal, tutup bonet bergerak ke Restoran terdekat (Cik Suami ajak ngeteh dulu) hehehehhehehe...(agak-agak lepas tu kitorang sambung @ terus balik???)

Jeng..jeng..jeng...jam 5.40 petang kitorang onzzz balik walaupun masih hujan rintik-rintik, semangat memang lain macam masa tu, dapat rasa ade rezeki lagi selepas hujan ni. Sambil berpayung , berkacamata hitam kami goyang bantal lagi (sambil gelak plak menulis ni sbb rasa kelakar masa tu hahahahahah). Kemudian datang 2buah motosikal dinaiki oleh 4beranak (ibu tunggal bersama anak-anaknya). Mami tanya "dari mana ni kak hujan-hujan?", jawab si ibu "dari kubur ziarah kubur arwah ayah diorang ni" (sambil senyum). Anak- anak akak ni dalam lingkungan 16 tahun - 20 tahun.

Dah belek-belek bantal sambil hujan tu, si ibu ni cakapla kat anak die, "haaa cepatla pilih nak yang mana, aritu memang niat nak tukar bantal kan", mami ingat sorang je nak rupanya 5orang nak die sume nak. Mami ingat diorang nak amik 3 @ 4 biji jer rupanya diorang nak 6 biji!! Alhamdulillah rezeki hujan dalam msa yg sama mami dok pkir camna diorang nak bwk dengan hujannya. Sempat juga mami tanya bole bawak tak kak, si ibu jawab bole jer air hujan je ponnn heheheheheheh. Mami share ckit ek kenangan mami dgn diorang.


Heeheheheheeh sporting giler keluarga ni walaupun dlm hujan. Dan Alhamdulillah selepas akak ni beli 2 orang lagi customer datang & seterusnya bukan capai target lagi dah smpai berlebih Allah bagi 41 biji untuk sehari tu SyukuR Alhamdulillah!!!

Cuba kite renungkan , jika ‘hujan’ sekalipun mampu diutuskan secara khusus di tanah gersang, bayangkan sumber-sumber rezeki yang lebih ‘mudah’ dalam dunia kemewahan penuh kecanggihan pada hari ini! Ya, rezeki tak pernah salah alamat. Cuma seringkali kita alpa mengabaikan takwa dan usaha. Akhirnya yang sampai ke pintu rumah bukanlah laba atau rezeki tetapi sengsara dan juga rugi. Harini mami share sikit Tip sumber rezeki menurut wahyu.

TIP SUMBER REZEKI MENURUT WAHYU

Takwa
“Sekiranya penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertakwa pasti akan Kami limpahkan kepada mereka keberkatan daripada langit dan bumi. Namun mereka mendustakan (ayat-ayat kami) maka kami seksa mereka kerana perbuatan itu,” (al-Aaraf: 96)

Taubat
“Hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Jika kamu sedemikian, nescaya akan dikurniakan kepadamu kenikmatan yang baik dan terus-menerus sehinggalah ke suatu waktu ditetapkan. Dia juga akan memberikan kepada setiap yang mempunyai keutamaan akan habuannya masing-masing,” (Hud: 3)

Istighfar
“Maka Aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Nescaya, Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta dan anak-pinakmu, menyuburkan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai,” (Nuh: 10-12)

Istiqamah
“Bahawasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezeki yang banyak). Semuanya adalah untuk Kami beri ujian kepada mereka padanya (rezeki),” (al-Jin: 16-17)

Beramal dengan 
al-Quran
“Sekiranya mereka sungguh-sungguh menjalankan (hukum) Taurat dan Injil dan (al-Quran) yang diturunkan kepada mereka daripada Tuhannya, nescaya mereka akan mendapat makanan dari atas dan bawah kaki mereka,” (al-Maidah: 66)


Mami Ida Juhari πŸ’‹
Master Leader DAG

 *Sleep Like A King*
"Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel”

#Day20
#cabaran21hari21entry
#21daysentrychallenge
#cabaran21haridag
#bantalhoteldagtescoampang
#dasabdulglobal

No comments:

Post a Comment

LAUNGAN PADU UNTUK "MALAYSIAN TIGERS"

Assalamualaikum w.b.t...  Wahhhh...tak sangka harini last day bagi Cabaran 21 hari 21 Entry, walaupun ade hari yang mami misssss hehehehhee...